Zul Ariffin Ditegur Bagi ‘Free Marketing’ Pada Rokok, Responnya Undang Kecaman

LocalLifestyle
13 May 2026 • 2:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama pelakon Zul Ariffin menjadi perhatian ramai selepas satu perkongsian di Threads memaparkan dirinya sedang merokok mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Perkongsian itu meraih lebih 200,000 tontonan dan menerima ribuan tanda suka dan komen.

Public Health Malaysia tegur Zul Ariffin

Apa yang lebih mencuri perhatian, akaun Public Health Malaysia turut meninggalkan komen menegur tindakan tersebut kerana dianggap memberi publisiti percuma kepada syarikat rokok.

zul ariffin
Kredit: Thread Zul Ariffin

Komen tersebut kemudian menerima ribuan tanda suka dan menjadi antara reaksi yang paling mendapat perhatian dalam hantaran berkenaan.

Namun, jawapan ringkas Zul terhadap teguran itu pula mengundang pelbagai reaksi apabila dia membalas “And?”

zul ariffin

Respon tersebut dilihat kurang disenangi sebahagian netizen yang merasakan isu merokok bukan perkara kecil, lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu berpengaruh yang mempunyai ramai pengikut.

Ada yang berpendapat figura awam perlu lebih berhati-hati dengan kandungan yang dikongsikan kerana ia berpotensi memberi pengaruh kepada peminat, termasuk golongan muda.

Dalam masa sama, ada juga yang melihat perkara itu sebagai pilihan peribadi dan tidak wajar diperbesarkan selagi tidak mempromosikan produk secara terang-terangan.

Pssttt! Isu ini boleh dilihat dari dua sudut iaitu hak individu untuk berkongsi kehidupan peribadi dan tanggungjawab sebagai figura awam yang mempunyai pengaruh besar di media sosial.Apa pun, setiap perkongsian yang melibatkan perkara sensitif seperti rokok pasti akan mengundang perbincangan.

Kredit: Thread Zul Ariffin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Zul Ariffin Ditegur Bagi ‘Free Marketing’ Pada Rokok, Responnya Undang Kecaman appeared first on Oh! Media.
View Original Article