
Zus Coffee Aeon Mall, Kuching buka hari ini!
Zus Coffee Cawangan Kedua Sarawak Buka Hari Ini, Bertempat Di Aeon Mall Kuching. Jenama kopi tempatan kegemaran rakyat Malaysia, Zus Coffee akan memulakan operasi di cawangan keduanya di Sarawak yang terletak di Aeon Mall Kuching pada hari ini (20 Ogos 2023).
Dalam perkongsian di Facebook Aeon Mall Kuching Central, mereka telah mendedahkan berita baik ini kepada orang ramai di luar sana.

Zus Coffee dapat sambutan menggalakkan
Zus Coffee baru-baru ini telah membuka cawangan pertamanya di Sarawak yang terletak di Vivacity Megamall, Kuching. Perkara ini telah mendapat sambutan amat baik daripada orang ramai sehingga 2 lagi cawangan Zus Coffee diumumkan akan dibuka termasuk satu di Aeon Mall Kuching dan satu lagi di Summer Mall, Kota Samarahan.
Zus Coffee menawarkan kopi berkualiti tinggi dengan harga berpatutan buat para pelanggan mereka.

Terdapat pelbagai menu kopi serta minuman menarik yang lain anda boleh dapatkan di sini.
Tunggu apa lagi, jika anda ada singgah di Aeon Mall Kuching hari ini, dapatkan kopi Zus anda segera!

