Zus Coffee mohon maaf atas penglibatan dengan jenama pakaian sukan yang diboikot

Food
16 May 2024 • 7:00 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Ekoran penglibatan antara jenama kopi tempatan dengan jenama pakaian terkenal Adidas, Zus Coffee tampil memohon maaf.

Dalam satu kenyataan, Zus Coffee menyatakan penglibatan pihak mereka dalam acara tersebut hanya sekali sahaja, dengan tujuan menjual kopi untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

“Kami ingin jelaskan bahawa ia bukan satu koloborasi.

“Sebagai jenama tempatan, kami berpegang teguh kepada integriti dan tidak akan dengan sengaja mengaitkan diri kami dengan peperangan dan secara tegas menolak sebarang tindakan kekerasan terhadap kemanusiaan,” katanya.

image is not available

Susulan itu juga, pihak mereka akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Kami akan lebih berhati-hati dengan tingkah laku dalam aktiviti yang kami jalankan dan dengan jenama yang akan kami bekerjasama.

“Bagi mengelakkan perkara ini berulang, kami mengambil setiap langkah yang perlu untuk memperkukuh polisi dan prosedur kami,” katanya.

Kata netizen pula, sepatutnya pihak Zus Coffee peka dengan situasi yang berlaku, apatah lagi rangkaian restoran kopi terkenal sebelum ini telah diboikot membuatkan mereka beralih arah kepada jenama tempatan.

Sumber: Zus Coffee

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved