1,120 Mangsa Banjir Di Selangor Berlindung Di Sembilan PPS

6 Nov 2026 • 12:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

1,120 Mangsa Banjir Di Selangor Berlindung Di Sembilan PPS

SHAH ALAM, 5 Nov (Bernama) -- Sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga kawasan di Selangor bagi menempatkan 1,120 mangsa daripada 284 keluarga setakat 11.30 malam ini susulan situasi hujan lebat yang melanda negeri itu.

Portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan empat PPS telah dibuka di Kuala Selangor, yang menempatkan 734 mangsa daripada 187 keluarga, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman, SK Jaya Setia dan Sekolah Agama Batu 8 Ijok di mukim Ijok manakala SK Dato’ Maharaja Lela di Jeram.

“Selain itu, empat PPS dibuka di Shah Alam, iaitu SK Merbau Sempak, Dewan Seri Pagi Kampung Paya Jaras U19 dan Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di mukim Paya Jaras serta Dewan Siantan Kampung Melayu Subang di Kota Damansara melibatkan 369 mangsa daripada 82 keluarga.

“Sementara itu, satu PPS di daerah Klang dibuka hari ini, iaitu Dewan Masjid Al-Taqwa Bukit Kapar di mukim Sementa melibatkan 17 mangsa daripada 17 keluarga,” menurut portal itu.

Dalam pada itu, laman sesawang rasmi Public Info Banjir memaklumkan Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang mencatatkan bacaan melebihi tahap amaran dengan paras air setinggi 4.14 meter setakat 11.15 malam.

Paras air Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning, Klang turut melebihi tahap amaran, iaitu 2.87 meter manakala Sungai Buloh di Parit Mahang, Kuala Selangor mencatat bacaan tahap yang sama (melebihi tahap amaran), iaitu 4.05 meter.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved