[VIDEO] Kereta rendah jangan berani lalu Bukit Cerakah

LocalCars
5 Nov 2026 • 9:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Kereta rendah jangan berani lalu Bukit Cerakah

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya khususnya pemilik kenderaan rendah dinasihatkan supaya mengelakkan laluan Jalan Bukit Cerakah, Puncak Alam, Selangor susulan banjir kilat yang menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air, petang tadi.

Menerusi beberapa gambar dan rakaman video yang tular di media sosial, sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna kelabu dilihat hampir tenggelam apabila air banjir mencecah sehingga bahagian pintu kenderaan berkenaan.

Keadaan itu turut memperlihatkan beberapa kenderaan berat termasuk lori berada di laluan yang sama ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai @syazanasan ii berkongsi keadaan banjir di Jalan Bukit Cerakah kira-kira pukul 4.40 petang tadi.

“Kereta rendah tidak digalakkan melalui jalan ini, air semakin naik,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang meluahkan rasa simpati terhadap pemilik kereta yang dilihat terkandas di tengah-tengah laluan dinaiki air.

Seorang pengguna, @wani.nasin berkata, dia bersimpati dengan nasib individu yang terperangkap dalam kejadian berkenaan.

“Kasihannya, yang terkandas di tengah-tengah itu,” katanya.

Sementara itu, @neek_liang0308 turut meluahkan rasa simpati terhadap pemilik kenderaan tersebut.

“Kasihan Saga baharu itu,” katanya.

Terdahulu, hujan lebat turut menyebabkan beberapa kawasan di Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam dinaiki air termasuk laluan berhampiran perhentian bas.

Rakaman yang tular menunjukkan air keruh memenuhi jalan raya sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan termasuk bas yang melalui kawasan universiti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Kereta rendah jangan berani lalu Bukit Cerakah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved