“1 Lagi Kg Bakal Dirobohkan! Ini Nasib Kita Hari Ini” – Rafidah Didakwa Cuba Hasut Penduduk Cina & India Di Jinjang Pula?

LocalPolitics
22 Sep 2025 • 4:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebut saja nama selebriti, Rafidah Ibrahim, pasti ramai yang sudah mengenalinya dek kerana lantang bersuara mempertahankan Kampung Sg. Baru daripada dirobohkan.

Terbaru, di platform Instagramnya, Rafidah dilihat memuat naik video memaparkan dirinya berada di sebuah penempatan setinggan di Lot 56167, Mukim Batu, Jalan 11/32, Taman Jinjang Baru susulan isu penduduk di sana diarahkan untuk mengosongkan rumah pada 23 September ini.

Difahamkan, tujuan Rafidah kesana kerana mahu mengajak orang ramai membantu mempertahankan penempatan tersebut bagi membela nasib penduduk-penduduk disana.

Bagaimanapun, tindakan selebriti itu mendatangkan rasa kurang senang dikalangan sesetengah pihak, di mana di laman Threads tular satu hantaran mendakwa tanah penempatan tersebut adalah milik DBKL dan telah pun dijual kepada pemaju pada tahun 2017.

 

View on Threads

 

Difahamkan, penduduk di sana telah diberi kelonggaran selama 8 tahun untuk tinggal di tanah tersebut melalui Temporary Occupation License (TOL), namun kini pemaju mahu menjalankan kerja di tanah tersebut.

Susulan itu, ramai netizen yang merasakan tindakan Rafidah menghasut penduduk membuat demonstrasi sememangnya salah dan meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya.

image is not available 2025-09-19 12:08:50

"Pemaju Daripada Singapore Dah Boleh Berambus Keluar!" - Rafidah Ibrahim Berterima Kasih Kepada Sultan Selangor