“Kami Tak Nak Duit Pemaju, Kami Nak Tanah Warisan Ini Kekal Turun-Temurun Untuk Warisan Kami” – Rafidah Ibrahim

13 Sep 2025 • 9:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian, pelakon serta aktivis yang lantang bersuara mengenai isu berkaitan di Kampung Sg. Baru, Kuala Lumpur iaitu Rafidah Ibrahim tampil berkata dirinya serta penduduk lain tidak mahukan wang pampasan daripada pemaju.

Penduduk Kampung Sg. Baru tidak mahu wang pampasan

Tegasnya, mereka hanya mahukan tanah warisan di kampung terbabit dikekalkan agar dapat diteruskan secara turun-temurun.

Kami tak mahu pampasan, tak nak duit pemaju. Kami nak tanah warisan ini kekal turun-temurun untuk warisan kami.

Menurut Rafidah, apabila proses pengosongan itu menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, tindakan paksa rela kepada penduduk telah diambil untuk pampasan.

Kongsi pengalaman sewaktu operasi pengosongan dijalankan

Dalam pada itu, Rafidah menegaskan bahawa Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) masih belum diguna pakai, di mana sebarang keputusan melibatkan pembangunan semula kawasan tersebut seharusnya tetap menghormati hak milik individu yang mempunyai rumah di kawasan berkenaan.

Mengambil peluang itu, pelakon berkenaan turut berkongsikan pengalamannya ketika operasi pengosongan dijalankan.

Waktu itu anak saya sedang tidur. Sangat rakus pemaju memecahkan pintu rumah tidak peduli, tidak fikir. Tekanan orang dewasa pun boleh rasa apatah lagi budak-budak.

image is not available 2025-09-12 19:58:51

Tular Foto Rumah Mewah Didakwa Milik Rafidah Ibrahim? Syarikat Perabot Tampil Bersuara - "Maaf Ya Posting Ni Tahun 2022.."