10,000 Jalur Gemilang semarak Felda Jengka 24

17 Aug 2026 • 7:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 10,000 Jalur Gemilang semarak Felda Jengka 24

JERANTUT: Warga Felda Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan hampir 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini.

Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, ia kesinambungan daripada kejayaan 2023 dan 2024 apabila jumlah bendera yang dipasang mencecah angka sama.

“Kami mahu mengulangi kejayaan itu, malah kalau boleh melebihi pencapaian terdahulu. Ia bukan sekadar memenuhi arahan Pejabat Wilayah Jengka yang menggesa semua 37 rancangan Felda menghiasi kawasan masing-masing, tetapi lebih kepada menyemarakkan semangat cintakan negara.

“Bendera adalah simbol perjuangan dan kebanggaan. Apabila setiap rumah, jalan dan premis dihiasi Jalur Gemilang, ia memberi mesej jelas bahawa warga Felda sentiasa bersama negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Razak berkata, selain pemasangan bendera, pelbagai aktiviti dirancang termasuk pertandingan menghias bendera, sukan komuniti dan program kemasyarakatan yang bakal mengeratkan hubungan penduduk.

Beliau berkata, pertandingan tersebut memberi peluang kepada penduduk menonjolkan kreativiti masing-masing dalam menghias rumah dan kawasan awam.

“Kita mahu Felda Jengka 24 menjadi contoh tanah rancangan Felda yang penuh warna-warni patriotisme,” katanya.

Menurutnya, sambutan kali ini akan menjadi wadah memperkukuh perpaduan antara generasi peneroka lama dan baharu.

“Inilah masa untuk kita bersatu hati, menyemarakkan semangat merdeka bersama-sama,” jelasnya. – UTUSAN

The post 10,000 Jalur Gemilang semarak Felda Jengka 24 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved