10,000 liter petrol hampir diseludup keluar di Kudat

LocalPolitics
19 Feb 2025 • 8:48 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya tumpaskan cubaan seludup keluar minyak petrol lebih 10,000 liter di perairan Kudat, pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat risikan oleh Unit Perisikan Zon Maritim Kudat yang berjaya mengesan aktiviti berkenaan kira-kira jam 1.00 pagi pada Selasa.

AdvertisementHasbullah berkata, bertindak atas maklumat tersebut, aset ronda Maritim Malaysia, Bot Kilat 48 segera diatur gerak ke lokasi bagi menjalankan pemantauan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi iaitu kira-kira 1.1 batu nautika barat laut Tanjung Meniagit, Kudat, dua buah bot mencurigakan dikesan sedang bergerak perlahan dalam gelap.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more "Semasa cuba dihampiri, kedua-dua bot suspek tersebut bertindak memecut laju menuju ke kawasan cetek paya bakau berhampiran manakala beberapa indidvidu terlibat bertindak terjun dan melarikan diri di kawasan paya bakau.

"Dua bot suspek yang ditinggalkan berjaya ditahan untuk pemeriksaan dan hasilnya menemukan kira-kira 51 tong drum berwarna biru berisi minyak petrol dianggarkan lebih 10,000 liter.”