10,000 PPS diaktifkan hadapi MTL

LocalEnvironment
6 Oct 2026 • 4:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10,000 PPS diaktifkan hadapi MTL

SEBERANG PERAI – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan hampir 10,000 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut.

Ketua Pengarah JKM, Datuk Che Murad Sayang Ramjan bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada keadaan serta kawasan yang terjejas akibat banjir.

Katanya, JKM turut memastikan keperluan logistik, pangkalan hadapan serta depoh simpanan bekalan bencana berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita semua memang bersedia dan kita ada hampir 10,000 pusat pemindahan sementara, tapi tiap-tiap tahun pengaktifan PPS bukan serentak semua. Hanya kadang-kadang melibatkan dua tiga empat negeri dan sebagainya.

“Dan lokasi-lokasi yang kita jangka banjir itu, memang kita sudah sedia sama ada daripada segi logistik, pengkalan hadapan dan depoh simpanan keperluan bencana.

“Kita turut pastikan stok-stok bahan-bahan makanan kita, makanan siap dimakan (retort) misalnya, kita pastikan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Kampung Angkat MADANI Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun 2026 di Masjid Al Fatah, Sungai Setar Besar, Sungai Acheh, di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

The post 10,000 PPS diaktifkan hadapi MTL appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved