10 hilang kapal kargo tenggelam

3 Sep 2026 • 10:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10 hilang kapal kargo tenggelam

ANKARA – Seramai 10 anak kapal hilang selepas sebuah kapal kargo tenggelam di Laut Marmara berhampiran Istanbul, Turkiye dan pihak penyelamat sedang berusaha melakukan pencarian.

Kapal kargo tersebut tenggelam selepas berlanggar dengan sebuah kapal yang lain.

Menurut Direktorat Maritim Kementerian Pengangkutan Turki di platform X, kejadian yang berlaku sebelum subuh itu melibatkan kapal tangki minyak tanpa muatan, ALSU, yang merempuh kapal kargo Tugberk Imamoglu. 

Kapal kargo yang membawa muatan besi gulung berkenaan dilaporkan tenggelam tidak lama selepas pelanggaran.

“Disebabkan pihak Tugberk Imamoglu tidak menjawab sebarang panggilan dan anak kapalnya gagal dihubungi melalui telefon bimbit, kapal kargo itu dipercayai telah tenggelam sepenuhnya,” jelas kenyataan rasmi itu.

Menteri Pengangkutan Turki, Abdulkadir Uraloglu, memaklumkan bahawa lokasi kejadian terletak 18 batu nautika di luar daerah Silivri, barat wilayah Istanbul. 

Beliau mengesahkan kapal berkenaan tenggelam pada kadar yang amat pantas.

“Panggilan kecemasan diterima pada jam 3:26 pagi (waktu tempatan) dan berdasarkan laporan kapten bahawa pelanggaran berlaku sekitar jam 3:15 pagi (waktu tempatan).

“Kapal tersebut tenggelam sepenuhnya dalam tempoh 11 minit sahaja,” kata Uraloglu. 

Tambahnya, pasukan penyelamat menemui pelampung dan sebuah bot penyelamat, namun ia kosong dan tiada mangsa selamat ditemui setakat ini.

Seramai 10 warga tempatan berada di atas kapal tersebut, merangkumi kapten dan sembilan anak kapal. – AFP

 

The post 10 hilang kapal kargo tenggelam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved