Feri Berpusing, Penumpang Menjerit: Detik Ngeri Pelanggaran Dua Kapal di Perairan Butterworth

2 Sep 2026 • 9:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 30

Suasana cemas menyelubungi penumpang Feri Teluk Bahang apabila feri yang dinaiki mereka bergoyang keras sebelum berpusing selepas merempuh sebuah kapal kargo, MV Mekar Jaya di perairan Pelabuhan Pulau Pinang, kira-kira pukul 8.40 malam tadi.

Pengalaman ngeri itu dikongsikan seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, yang berada di tempat kejadian ketika feri berkenaan dalam perjalanan menuju ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth.

Zaidi berkata, insiden berlaku ketika feri terbabit hanya berada kira-kira lima minit sahaja lagi dari terminal.

Artikel berkaitan: Tragedi Jalan Losong Feri: Keluarga Mohon Bantuan Rakaman Dashcam, Tertuduh Tidak Mengaku Bersalah

Artikel berkaitan: “Selepas selesai baca Yasin, segalanya terjawab” – Anak Mangsa Feri Karam Di Bali

WhatsApp Image 2026 09 02 at 01.04.21

“Ketika itu, terdapat kira-kira 45 hingga 50 buah motosikal. Saya pula duduk di bahagian belakang ruang motosikal,” katanya.

Mengimbas semula detik sebelum rempuhan berlaku, Zaidi mendakwa sebuah kapal kargo gelap dilihat melintas di hadapan feri berkenaan sebelum disusuli bunyi dentuman yang kuat.

“Ramai penumpang menjerit. Feri tiba-tiba bergoyang kiri dan kanan.

Nampak seperti kapal kargo gelap melintas depan feri sebelum bunyi dentuman besi yang sangat kuat di bahagian hadapan.

Penumpang memang ramai dan semua cemas. Feri bergoyang kiri dan kanan sebelum berpusing. Akibat pelanggaran itu, banyak motosikal yang terbalik dan penunggangnya terjatuh. Saya cuba beri bantuan kepada mereka,” jelasnya.

Menurutnya lagi, perlanggaran tersebut menyembabkan beberapa penumpang mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan, serta kaki, sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans sebaik tiba di terminal.

Menurut laporan Kosmo!, seramai 21 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan dalam insiden di had perairan Pelabuhan Pulau Pinang berkenaan.

Kejadian berlaku apabila kapal MV Mekar Jaya yang bergerak dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) bertembung dengan feri yang sedang dalam perjalanan ke PSAH.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved