
SEBERANG PERAI – Seramai enam penumpang dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kejadian perlanggaran melibatkan sebuah feri dan kapal kargo berdekatan Terminal Feri Penang Sentral, Butterworth di sini, malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 9.58 malam.
Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth diketuai Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan ll Rithuwan Nordi Md Ashari.
“Berlaku kemalangan melibatkan sebuah Feri Teluk Bahang dengan sebuah kapal yang tidak dapat dikenal pasti jenis kargo.
“Terdapat 92 mangsa yang terlibat. Maklumat awal mendapati enam mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital dengan ambulans Penang Port dan ambulans agensi luar,” katanya di sini, malam ini.
Beliau memberitahu, keadaan di terminal tenang dan terkawal, manakala penumpang lain yang tidak mengalami kecederaan telahpun bersurai. – KOSMO! ONLINE
The post Enam penumpang parah, feri langgar kapal kargo appeared first on Kosmo Digital.




![[KEMASKINI] 21 penumpang feri cedera setakat ini](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-02-at-00.03.40-1024x682.jpeg)
![[VIDEO] Feri Pulau Pinang langgar kapal kargo, 92 penumpang cemas](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-01-at-23.25.03-1024x682.jpeg)
