![Image from: [VIDEO] Feri Pulau Pinang langgar kapal kargo, 92 penumpang cemas](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-01-at-23.25.03-1024x682.jpeg)
PETALING JAYA – Seramai 92 penumpang berdepan detik cemas apabila feri yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kapal kargo di Terminal Feri Penang Sentral, Butterworth sebentar tadi.
Kejadian itu turut menyebabkan sebuah motosikal dilaporkan terbalik di atas feri berkenaan, manakala bunyi siren kecemasan kedengaran susulan insiden tersebut.
Menerusi perkongsian di laman sosial, beberapa individu yang mendakwa berada di dalam feri berkenaan turut berkongsi keadaan ketika kejadian.
Seorang pengguna, Azline Abdul Fatah, mendakwa insiden berkenaan mungkin berlaku akibat kesilapan navigasi.
“Kesilapan navigation… sama ada nakhoda atau system error,” katanya.
Sementara itu, Isma Azha Haji Ismail pula mendakwa keadaan jerebu mungkin menyebabkan jarak penglihatan terhad.
“Masalah jerebu… jarak penglihatan mungkin terhad,” katanya.
Seorang lagi pengguna, Siti Muslihah mendakwa terdapat keadaan tertentu menyebabkan feri bergerak sendiri.
“Kadang diorang biar je feri bergerak sendiri, saya perati je tau,” dakwanya.
Alif Wafi pula memaklumkan dirinya merupakan antara individu yang berada di dalam feri ketika kejadian.
“Antara salah seorang di dalam feri tersebut,” tulisnya.
Bagaimanapun, dakwaan yang dikongsikan pengguna media sosial berhubung punca kejadian itu belum dapat disahkan.
Kosmo! kini sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada pihak pengendali feri berhubung insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Feri Pulau Pinang langgar kapal kargo, 92 penumpang cemas appeared first on Kosmo Digital.




![[KEMASKINI] 21 penumpang feri cedera setakat ini](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-02-at-00.03.40-1024x682.jpeg)

