10 PATI sembunyi di hotel dicekup, tak sempat pulang ke Myanmar

17 Oct 2026 • 5:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10 PATI sembunyi di hotel dicekup, tak sempat pulang ke Myanmar

KOTA BHARU – Hajat 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar untuk pulang ke negara asal melalui laluan pangkalan haram tidak kesampaian apabila dicekup ketika bersembunyi di sebuah hotel di Wakaf Che Yeh di sini hari ini.

Kesemua PATI termasuk m empat wanita yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu dipercayai tiba di Kota Bharu pada pukul 6.30 pagi tadi selepas bergerak dari Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V dipandu seorang tekong darat.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, PATI itu ditahan dalam serbuan sepasukan anggota JIM Kelantan pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati, semua warga asing itu bekerja di Johor dan Kuala Lumpur sebelum merancang pulang ke Myanmar melalui laluan tidak sah.

“Kesemua suspek menaiki kenderaan itu bersama tekong darat yang mengambil upah RM3,500 bagi setiap individu. Tekong darat yang juga warga Myanmar itu mengaku sudah tinggal di Shah Alam, Selangor selama empat tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan atau dokumen yang membolehkan mereka berada di negara ini secara sah,” katanya ketika ditemui pemberita sidang selepas operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan di Kubang Kerian di sini hari ini.

Lokman Effendi memberitahu, pihaknya mengesan modus operandi sindiket yang menjadikan hotel atau rumah sebagai lokasi transit PATI.

Katanya, semua PATI dan tekong darat ditahan di lokap JIM di sini untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

 

The post 10 PATI sembunyi di hotel dicekup, tak sempat pulang ke Myanmar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved