Ada rekod jenayah di Malaysia, rakyat Myanmar tak boleh terus dihantar pulang -Saifuddin

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 10:23 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rakyat Myanmar yang mempunyai rekod jenayah di Malaysia tidak akan dihantar pulang serta-merta, sebaliknya perlu diuruskan mengikut undang-undang negara ini terlebih dahulu.

Ketetapan dipersetujui bersama

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan, ketetapan itu dipersetujui menerusi perbincangan dengan Presiden Myanmar bagi memastikan individu yang melakukan kesalahan undang-undang di Malaysia melalui proses sewajarnya.

“Sekiranya mereka ada rekod jenayah kita urus cara kitalah. Kalau rekod kita mendapati dia terlibat pelanggaran undang-undang, kita akan uruskan secara undang-undang dululah. Itu tidaklah segera penghantaran pulang.
“Jadi, yang itu disampaikan oleh Presiden Myanmar. Caveat-nya adalah kalau ada yang terkait dengan perbuatan jenayah mengikut undang-undang kita, itu diuruskan cara kita.
“Saya ingat adillah yang itu. Kita ada undang-undang negara kita, kita akan lakukan seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Townhall Madani Bersama Menteri Dalam Negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok pada Selasa.

Image from: Ada rekod jenayah di Malaysia, rakyat Myanmar tak boleh terus dihantar pulang -Saifuddin

Myanmar beri jaminan keselamatan

Dalam pada itu, Saifuddin menjelaskan bahawa kerajaan Myanmar turut memberikan jaminan keselamatan terhadap warganegaranya yang dihantar pulang dari Malaysia.

Menurutnya, penghantaran pulang itu dilaksanakan berdasarkan komitmen Myanmar untuk menerima semula 5,000 rakyatnya hasil rundingan Perdana Menteri, Menteri Luar dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan pihak negara berkenaan.

“Jadi, dia setuju 5,000. Kita dah kenal pasti 5,000 dan kita dah proses 1,400 dan kita hantar balik dengan kapal laut dia…menyusul nanti lagi 3,600,” katanya.

Image from: Ada rekod jenayah di Malaysia, rakyat Myanmar tak boleh terus dihantar pulang -Saifuddin

Pada 8 Oktober 2026, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Myanmar bersedia memudahkan proses penghantaran pulang rakyatnya secara besar-besaran serta menanggung kos berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia (Muhamad Aimy Ahmad)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved