10 Perkara Menarik & Mengecewakan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max

TechnologyDigital
18 Sep 2026 • 12:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

10 Perkara Menarik & Mengecewakan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max

Phone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini. Apakah yang menarik dan mengecewakan pada iPhone yang ditawarkan. Berikut ialah 10 perkara menarik dan mengecewakan pada iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max.

MENARIK

1.Lubang Kamera Lebih Kecil dan Dynamic Island Baharu

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max

Sistem Face ID bermula dengan takuk besar pada skrin iPhone X. Kemudian pada iPhone 14 Pro, takuk digantikan dengan lubang kamera serta pengenalan sistem Dynamic Island. Tahun ini pada siri iPhone 18 Pro, lubang pada skrin adalah 25% lebih kecil berbanding pada iPhone 17 Pro kerana sensor 3D untuk Face ID dipindahkan ke bahagian bawah skrin. Apple masih belum bersedia menggunakan UDC pada model Pro mereka dengan ia sekadar digunakan pada iPhone Duo tahun ini.

Dengan ini isu lubang kamera mengganggu sesi permainan video dan menstrim video dikurangkan tahun ini. Pada siri iPhone 18 Pro juga sistem Dynamic Island yang lebih berguna diperkenalkan dengan sehingga 3 aplikasi boleh memaparkan maklumat di skrin dalam Dynamic Island secara serentak.

2.Apple A20 Pro Berkuasa Jimat Tenaga

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max

iPhone 18 Pro, dan iPhone 18 Pro Max yang dilancarkan hari ini dikuasakan oleh cip Apple A20 Pro dengan teknologi 2nm buat pertama kalinya dalam sejarah cip telefon pintar Apple. Ia mengekalkan konfigurasi 6 teras CPU dengan 2 teras kuasa tinggi dan 4 lagi teras prestasi untuk menjalankan aplikasi lazim.

Ini dipadankan pula dengan GPU 7 teras. Hasilnya ialah prestasi CPU meningkat 20% dan GPU pula sehingga 40% berbanding Apple A19 Pro tahun lalu. Selain itu A20 Pro juga dilengkapi dua Neural Engine 16 teras yang meningkatkan kemampuan pemprosesan kecerdasan buatan dalam peranti sehingga dua kali ganda berbanding cip generasi terdahulu.

3. Kamera iPhone 18 Pro – Apertur Boleh-Ubah

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max

Kamera sudut lebar pada iPhone 18 Pro dan 18 Pro Max dilengkapi apertur boleh ubah buat pertama kalinya juga dalam sejarah. Sistem ini pernah digunakan oleh Samsung dan Huawei tetapi kurang mendapat perhatian ramai. Inovasi Apple menerusi sistem ini ialah bukaan apertur untuk cahaya serta dedahan sensor dilakukan secara automatik.

Terdapat juga kawalan manual bagi mereka yang lebih memahami selok belok penggunaan kamera. Dengan siri iPhone 18 Pro, Apple sekali lagi ingin meletakkan telefon terbaik di tangan anda sepanjang masa.

4. Bateri Besar Pengecasan Pantas Sehingga 60W

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max

Pengecasan pantas dan bateri besar adalah dua ciri yang jarang dikaitkan dengan produk Apple. Tetapi pada siri iPhone 18 Pro, bateri boleh dicas ke 50% dalam masa 15 minit jika pengecas 60W digunakan. Ini adalah sistem pengecasan terpantas pernah digunakan pada iPhone setakat ini.

Dari sudut bateri pula, iPhone 18 Pro Max dilengkapi bateri sehingga 5391 mAh yang lebih besar berbanding 4823 mAh pada 17 Pro Max ). Peningkatan lebih 11% apabila dipadankan dengan cip 2nm yang lebih jimat menggunakan tenaga menawarkan hayat penggunaan sehingga 6 jam lebih baik berbanding model tahun lalu.

5. Kamera Dengan Kawalan Lebih Pro

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max

Pengenalan apertur pada lensa sudut lebar bukan satu-satunya ciri baharu eksklusif untuk siri iPhone 18 Pro tahun ini. Menerusi tetapan Pro dalam aplikasi kamera, pengguna boleh melakukan kawalan manual untuk bukaan apertur, mengubah white balance, mengawal kelajuan pengatup kamera dan juga mengakses histogram sebelum gambar ditangkap. Dengan kesemua ciri Pro baharu ini, kamera iPhone 18 Pro menawarkan kawalan yang lebih jitu dan terperinci bagi peminat fotografi peranti mudah alih.

6.Sokongan Perisian Paling Lama dan Konsisten

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max

Kelebihan iPhone yang masih belum mampu ditandingi oleh Android ialah semua iPhone menerima kemas kini sistem operasi dan tampalan sekuriti serentak di seluruh dunia. Memang wujud Android menyokong sistem operasi dan tampalan sekuriti selama 7 tahun tetapi Apple memberikan sokongan tampalan sekuriti yang lebih lama. Bagi mereka yang mahu menerima ciri baharu tanpa menunggu lama, ekosistem Apple adalah pilihan paling selamat.

7. Siri Lebih Pintar Dengan Sokongan AI Akhirnya Tiba

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max

Siri yang lebih pintar lengkap dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) Apple Intelligence akhirnya tiba sepeti yang diiklankan dalam pelancaran iPhone 16 Pro dua tahun lalu. Pelbagai isu dengan model AI, privasi dan Apple ingin memastikan ciri sebenar setanding iklan membuatkan ciri ini tertangguh beberapa kali.

Siri kini boleh memahami konteks dengan lebih baik. Menggunakan kandungan dalam telefon dan pelbagai aplikasi, ia boleh memberikan jawapan yang lebih tepat tanpa sekadar memberikan pautan internet seperti sebelum ini. Visual Intelligence akhirnya setanding Google Gemini memahami apa yang dilihat pada skrin serta kamera. Suara Siri juga lebih semulajadi seakan berbual dengan manusia sebenar.

Pelbagai model juga dijalankan terus pada peranti bagi tujuan privasi. Kemampuan melakukan suntingan pada gambar juga ditambah baik dengan kawasan yang dipadam kini tidak lagi mempunyai cela.


MENGECEWAKAN

8.Ciri Dua Phone Berkongsi Satu eSIM Belum Tiba

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max

Menerusi iOS 27, ciri iPhone Handoff akan diberikan dengan ia membolehkan dua iPhone berkongsi satu eSIM yang sama, Dengan perkhidmatan selular, panggilan telefon dan rangkaian internet boleh digunakan pada dua telefon serentak. Ini amat berguna bagi mereka yang tidak mahu melanggan kepada dua pelan selular.

Pasca pelancaran iPhone 18 Pro dan iPhone Duo, Apple mengesahkan ciri ini masih memerlukan langganan bulanan dengan syarikat telekomunikasi yang menawarkan eSIM. Ciri ini juga hanya disokong oleh T-Mobile di Amerika Syarikat dan Telekom di Jerman sahaja pada waktu ini. Bila ia akan tiba di Malaysia masih lagi misteri kerana ketika artikel ditulis tiada syarikat telko tempatan menyatakan hasrat menyokongnya.

9.Masih Tiada Sokongan Sistem Komunikasi Satelit Untuk Kecemasan

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max

Ciri komunikasi satelit untuk kecemasan diperkenalkan menerusi iPhone 14 empat tahun lalu tetapi sehingga ke hari ini masih belum ditawarkan di Malaysia ataupun rantau Asia Tenggara. Kita banyak mendengar laporan bagaimana ciri ini menyelamatkan pendaki cedera dan orang yang sesat di hutan.

Semasa artikel ditulis, ciri Emergency SOS hanya boleh digunakan di Amerika Syarikat, Andorra, Australia, Austria, Belanda, Belgium, Iceland, Ireland, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Luxembourg, Mexico, New Zealand, Perancis, Portugal, Sepanyol, Switzerland, dan United Kingdom. Adakah pengguna di luar Amerika Utara, Oseania, Eropah dan Asia Timur tidak cukup penting untuk menerima ciri ini?

10.Harga Semakin Meningkat

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max

Terima kasih kepada krisis RAM, Apple turut tidak lagi boleh mengelak tidak meningkatkan harga iPhone. iPhone 18 Pro tahun ini bermula daripada RM5,499 untuk storan 256GB yang sama seperti iPhone 17 Pro Max dengan storan sama. Tetapi apabila mencapai storan 1TB, harga telah meningkat ke RM 8,499
berbanding RM 7,499 tahun lalu.

Pada model 18 Pro Max pula, storan 1TB kini dijual pada harga RM 8,999 berbanding RM 7,999 pada iPhone 17 Pro Max. Model permulaan harga kekal tetapi jika anda ingin memaksimumkan pembelian, tahun ini anda perlu membayar lebih gara-gara ledakan pusat data AI global.

  • Apple iPhone 18 Pro (12/256GB) – RM 5,499 
  • Apple iPhone 18 Pro (12/512GB) – RM 6,499 
  • Apple iPhone 18 Pro (12/1000GB) – RM 8,499 
  • Apple iPhone 18 Pro (12/2000GB) – RM 11,499 
  • Apple iPhone 18 Pro Max (12/256GB) – RM 5,999 
  • Apple iPhone 18 Pro Max (12/512GB) – RM 6,999 
  • Apple iPhone 18 Pro Max (12/1000GB) – RM 8,999 
  • Apple iPhone 18 Pro Max (12/2000GB) – RM 11,999 
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved