
Apple iPhone 18 Pro dan juga iPhone 18 Pro Max secara rasminya boleh dibeli di Malaysia bermula hari ini. Peranti terkini Apple ini menawarkan penambahbaikan pada cip pemproses lebih berkuasa, lubang skrin lebih kecil, bateri lebih besar, sistem AI dipertingkatkan dan bateri lebih besar dengan sokongan pengecasan lebih pantas.

iPhone 18 Pro Max hadir dengan skrin 6.9″ LTPO Super Retina XDR OLED, 120Hz, dikuasakan cip Apple A20 Pro, memori 12GB RAM, storan sehingga 2TB dan bateri sebesar 5391 mAh yang menyokong pengecasan sehingga 52W. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 48MP dengan apertur boleh ubah, ultra lebar 48MP dan telefoto 4X 48MP. Kamera hadapan pula sebesar 18MP.
Sementara itu iPhone 18 Prohadir dengan skrin 6.3″ LTPO Super Retina XDR OLED, 120Hz, dikuasakan cip Apple A20 Pro, memori 12GB RAM, storan sehingga 2TB dan bateri sebesar 4056 mAh yang menyokong pengecasan sehingga 52W. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 48MP dengan apertur boleh ubah, ultra lebar 48MP dan telefoto 4X 48MP. Kamera hadapan pula sebesar 18MP.

Kedua-dua peranti mempunyai lubang kamera yang lebih kecil kerana pengimbas 3D kini diletakkan di bahagian bawah skrin. Tubuh mengekalkan rekaan sama seperti iPhone 17 Pro tahun lalu dengan ketahanan kalis air serta debu IP68. Terdapat butang kamera dan Action Key pada bahagian sisi untik kawalan kamera serta pintasan pantas.
Sistem operasi iOS 27 menawarkan ciri baharu seperti Siri yang lebih bijak memahami konteks, mengumpul maklumat peribadi daripada pelbagai sumber dan kemampuan melakukan suntingan gambar dengan bantuan kecerdasan buatan yang lebih baik.
Di Malaysia siri iPhone 18 Pro ditawarkan dalam warna Burgundy, Silver, Black dan Glacier.
- Apple iPhone 18 Pro (12/256GB) – RM 5,499
- Apple iPhone 18 Pro (12/512GB) – RM 6,499
- Apple iPhone 18 Pro (12/1000GB) – RM 8,499
- Apple iPhone 18 Pro (12/2000GB) – RM 11,499
- Apple iPhone 18 Pro Max (12/256GB) – RM 5,999
- Apple iPhone 18 Pro Max (12/512GB) – RM 6,999
- Apple iPhone 18 Pro Max (12/1000GB) – RM 8,999
- Apple iPhone 18 Pro Max (12/2000GB) – RM 11,999



![[VIDEO] 4 pagi dah beratur nak beli iPhone 18 Pro](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-18-at-10.09.35-AM-1024x685.jpeg)
