11 laporan dibuat dakwa video TikTok sentuh institusi diraja

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 10:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

11 laporan dibuat dakwa video TikTok sentuh institusi diraja

SEREMBAN, 27 JULAI: Polis menerima sebanyak 11 laporan berkaitan rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok yang didakwa mengandungi kenyataan menyentuh institusi diraja Negeri Sembilan oleh sebuah parti politik.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan sedang dijalankan bagi meneliti keseluruhan kandungan video serta konteks ucapan berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan kandungan tersebut sehingga boleh menjejaskan siasatan dan ketenteraman awam," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menggunakan media sosial secara bertanggungjawab serta mengelakkan sebarang kenyataan yang menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) sehingga boleh menimbulkan keresahan atau ketegangan dalam kalangan masyarakat.

Pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan akan berlangsung esok manakala hari mengundi ditetapkan pada Sabtu ini.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9 .

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved