Susulan fasa undian awam seluruh negara yang berjaya meraih lebih 5.3 juta undian bagi memilih barisan pencipta kandungan tersohor dan bakat baharu tanah air, TikTok hari ini mengumumkan 11 juara tempatan yang bakal melangkah ke pentas serantau pada edisi sulung TikTok Awards Southeast Asia 2026.
Kontinjen negara ini dijadual berlepas ke Bali sebagai wakil rasmi Malaysia bagi merebut penghormatan tertinggi serantau pada malam kemuncak tersebut. Di pentas akhir, karya dan pencapaian para finalis dari seluruh Asia Tenggara akan dinilai oleh panel juri berprestij yang terdiri daripada pakar industri serantau, termasuk wakil Sekretariat ASEAN, WPP, dan TikTok.
Pengurus Besar Operasi Kandungan Asia Tenggara TikTok, Angga Anugrah Putra, berkata:
“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kesemua 11 pencipta kandungan tempatan yang terpilih menerusi undian sebagai wakil Malaysia. Mendukung tema ‘The Ones Who Spark It’, mereka bukan sekadar berkarya, malah mencerminkan nadi sebenar komuniti setempat dengan menterjemahkan minat kreatif kepada pertumbuhan ekonomi yang ketara serta impak sosial yang positif.
“Merangkumi lebih 460 juta komuniti kami di Asia Tenggara, cetusan inspirasi daripada seorang pencipta kandungan sahaja sudah mampu merentas sempadan dan menyatukan kepelbagaian budaya. Melalui penghimpunan bakat-bakat terbaik dari enam negara ini, kami komited membuka ruang yang lebih luas untuk mereka memupuk komuniti yang inklusif, membina perniagaan yang mampan, serta terus menyuntik inspirasi kepada khalayak pada skala yang lebih besar.”
Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum) Mediha Mahmood yang turut hadir pada malam gala karpet merah tempatan, berkongsi pandangan:
“Kandungan digital yang digarap secara bertanggungjawab dan bermatlamat memiliki potensi besar untuk memacu kemajuan sosial, meningkatkan taraf hidup masyarakat, serta merancakkan ekonomi. Para pencipta kandungan kini bukan sahaja menjadi nadi kepada ekonomi kreatif, malah bertindak sebagai suri teladan yang memberi inspirasi kepada generasi baharu inovator dan usahawan tempatan. Kami amat berbangga melihat bakat luar biasa anak Malaysia diraikan di persada serantau.”
Berikut merupakan wakil Malaysia yang bakal bertanding di TikTok Awards Southeast Asia 2026:
- Adam Shamil (@iamadamshamil) – Creator of the Year
- Ikhmal Nour (@ikhmaln0ur) – TikTok LIVE Creator of the Year
- Pudds (@deadpudds) – Lifestyle Creator of the Year
- Nabil Nazrol (@nabilnazrol) – Rising Creator of the Year
- Sir Asai (@sir_asai) – Education Creator of the Year
- Amaranas (@amaranas_) – Sports Creator of the Year
- Chesayang Kitchen (@chesayang_kitchen) – Food Creator of the Year
- Leonsmeons (@leonsmeonss) – Entertainment Creator of the Year
- Gigi Cheoh (@gigicheoh) – Beauty & Fashion Creator of the Year
- Moses Wong (@moseswck) – Popular Video of the Year
- Sally Woo (@sallywhoo) – TikTok Shop Creator of the Year
Adam Shamil, wakil Malaysia bagi kategori Creator of the Year, meluahkan rasa syukur: “Saya amat berbesar hati dapat mewakili Malaysia di pentas berprestij ini. Pengiktirafan ini sangat bermakna buat saya, seluruh pasukan, dan komuniti peminat yang setia menyokong perjalanan ini sejak awal. Sebagai seorang pencipta kandungan dan pemilik perniagaan, saya melihat sendiri bagaimana kandungan digital melangkaui sekadar penceritaan—ia menjadi jambatan penghubung masyarakat, pemangkin pertumbuhan bisnes, dan pembuka peluang rezeki kepada orang lain. Sebagai anak jati Borneo, saya bangga dapat membawa cerita dan daya kreativiti tanah air kita ke khalayak serantau yang lebih luas. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk terus mengejar minat dan menterjemahkan idea mereka menjadi sesuatu yang bermakna.”
Pemilihan wakil Malaysia ini dimuktamadkan susulan tamatnya fasa undian awam bagi Calon Negara (Country Nominees) yang berlangsung dari 12 hingga 26 Oktober 2026. Keputusan penuh pemenang TikTok Awards Southeast Asia 2026 bakal diumumkan pada 27 November 2026 di Bali, Indonesia.
Untuk maklumat lanjut, cari #TikTokAwardsSEA menerusi aplikasi TikTok.






