PRN N. Sembilan: Jangkaan BN menang besar – Ismail Sabri

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 5:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN N. Sembilan: Jangkaan BN menang besar – Ismail Sabri

SEREMBAN – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat perkembangan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 berada pada landasan yang positif dan menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan besar kali ini.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, pemerhatian sepanjang turun berkempen menunjukkan suasana kali ini jauh berbeza berbanding sebelum ini, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap peluang calon-calon BN dan Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan pengundi.

“Apa yang saya lihat dan dengar di lapangan amat menggalakkan. Dengan kerja kuat seperti yang kita lihat hari ini, insya-Allah kita akan menang. Bukan setakat Mohd. Asna, di Lenggeng tetapi juga di seluruh Negeri Sembilan.

“Saya percaya kita akan dapat lebih banyak kerusi, terutamanya apabila Pas bersama kita, hubungan ini kalau kekal sampai pilihan raya insya-Allah kita akan menang besar, kita doakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sembang santai bersama calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Datuk Mohd. Asna Amin di Kampung Gayan, Pantai sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat dalam kempen juga memberi petanda positif dalam usaha mendekati pengundi.

“Hari ini saya juga berpeluang bersama beberapa pemimpin yang hadir dalam program kempen.

“Saya berharap semangat kebersamaan dan kerjasama ini dapat diteruskan sehingga hari pengundian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post PRN N. Sembilan: Jangkaan BN menang besar – Ismail Sabri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved