113 Pelarian Rohingya Selesai Proses Dokumentasi, Dibenarkan Tinggal Di KL, Selangor Dan Pulau Pinang

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 2:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seramai 113 pelarian termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak Isnin lalu dibenarkan bergerak ke tiga negeri selepas selesai menjalani proses dokumentasi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, proses dokumentasi dijalankan di Dataran Wira, IPK Kuala Lumpur bermula pukul 12.01 tengah malam hingga 4.30 petang semalam.

Advertisement ddSumber Foto : Kosmo Online  

Menurutnya, selepas proses pengecaman semula dokumen selesai, kesemua pelarian dilepaskan secara berperingkat.

“Seramai 109 pelarian Rohingya bersama seorang wanita warga Indonesia yang juga isteri kepada ketua komuniti Rohingya, seorang pelarian Iraq dan seorang pelarian Somalia telah dipindahkan ke destinasi yang ditetapkan oleh pertubuhan bukan kerajaan dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Pergerakan mereka melibatkan tiga destinasi iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, dengan kebanyakan mereka menggunakan perkhidmatan e-hailing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, lokasi penempatan dipilih berdasarkan keberadaan kenalan dan ahli keluarga pelarian di negeri-negeri terbabit.

“Daripada jumlah keseluruhan, seramai 66 orang ditempatkan di Kuala Lumpur, 29 orang di Selangor dan 18 orang di Pulau Pinang,” ujarnya.

Sepanjang proses dokumentasi berlangsung, tujuh wakil Malaysian Relief Agency turut hadir bagi menyalurkan bantuan makanan tengah hari serta menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap kumpulan pelarian berkenaan.

Terdahulu, kesemua 113 pelarian itu dipindahkan ke IPK Kuala Lumpur selepas berkumpul di hadapan pejabat UNHCR.

Hasil semakan pihak berkuasa sebelum ini mengesahkan bahawa kesemua mereka memiliki dokumen UNHCR yang sah. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: 113 Pelarian Rohingya Selesai Proses Dokumentasi, Dibenarkan Tinggal Di KL, Selangor Dan Pulau Pinang2026-07-28 14:27:41

Wanita Rohingya Menangis Sebaik Lihat Media, 113 Pelarian Ditempatkan Sementara Di IPK Kuala Lumpur

The post 113 Pelarian Rohingya Selesai Proses Dokumentasi, Dibenarkan Tinggal Di KL, Selangor Dan Pulau Pinang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved