12 Individu Terperangkap Dalam Lif Di Sebuah Hotel

23 Feb 2025 • 10:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

12 Individu Terperangkap Dalam Lif Di Sebuah Hotel

Seramai 12 individu, termasuk kanak-kanak dan seorang bayi, berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas terperangkap di dalam lif sebuah hotel di Kulim, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak hotel pada jam 9.26 malam.

Berikutan itu, sepasukan anggota bomba bersama jentera segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, bomba mendapati terdapat mangsa yang terperangkap di dalam lif di aras 1 hotel.

“Sebaik pintu lif berjaya dibuka, bomba membantu mengeluarkan dua lelaki dewasa, enam wanita dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi perempuan,” katanya seperti dilapor Astro Awani hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tiada yang mengalami sesak nafas.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved