Penyanyi Wanita Berstatus Isteri Orang Ditemui Maut, Disyaki Angkara Kekasih Gelap!

LocalEntertainment
23 Feb 2025 • 7:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
warga emas maut

Seorang penyanyi wanita ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh oleh kekasih gelapnya di sebuah rumah sewa di Taman Seri Mangga, Pokok Mangga, hari ini.

Menurut laporan Kosmo, Kejadian itu terbongkar selepas rakan serumah menyedari mangsa tidak keluar dari bilik sejak Jumaat lalu. Lebih mengejutkan, mangsa yang berusia 52 tahun itu sebenarnya berstatus isteri orang dan mempunyai tiga orang anak.

Kali terakhir penyanyi wanita itu dilihat bergaduh

image is not available

Menurut rakan serumah, kali terakhir mereka mendengar suara mangsa adalah pada malam Jumaat apabila dia bergaduh dengan teman lelakinya.

Bagaimanapun, apabila mereka memeriksa bilik, teman lelaki mangsa membuka pintu dan mereka terkejut melihat mangsa berlumuran darah di atas katil.

Mereka segera menghubungi rakan baik mangsa, yang kemudian melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Polis temui suspek di lokasi

image is not available

Siasatan pihak polis menemui mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah, manakala teman lelakinya berada berhampiran mayat dalam bilik yang sama.

Lelaki itu kemudian ditahan polis di lokasi, namun dia dibawa ke hospital kerana turut mengalami kecederaan.

Selain itu, pihak polis turut menemui dua bilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian ngeri tersebut.

#ApaKataOhmedia

Hati-hatilah dalam menjalinkan hubungan, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kecurangan dan rahsia. Kes sebegini membuktikan bahawa hubungan terlarang boleh berakhir dengan tragedi.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.