12 pegawai, anggota polis ditahan kes peras ugut warga asing RM2 juta

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 4:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 12 pegawai, anggota polis ditahan kes peras ugut warga asing RM2 juta
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan untuk siasatan kes peras ugut seorang lelaki warga asing sebanyak RM2 juta.

KUALA LUMPUR - Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan untuk siasatan kes peras ugut seorang lelaki warga asing sebanyak RM2 juta.

Menurut sumber, lelaki warga asing itu dikatakan hanya dilepaskan selepas membayar AS$140,000 (kira-kira RM560,000).

"Dia kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Susulan itu difahamkan seramai 12 orang pegawai dan anggota polis ditahan antaranya berpangkat Deputi Superintendan (DSP), Asisten Superintendan (ASP) dan lain-lain pangkat," katanya.

Tambah sumber, polis turut menemui semula sebahagian daripada wang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved