Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 7:59 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

KUALA LUMPUR - Dua belas pegawai dan anggota polis daripada pelbagai pangkat ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pemerasan membabitkan wang berjumlah RM2 juta terhadap seorang lelaki warga Cina.

Menurut laporan, mangsa bagaimanapun hanya sempat membayar RM560,000 sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.

Sumber berkata, polis turut merampas sebahagian wang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Difahamkan, antara yang ditahan ialah pegawai berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP), Asisten Superintendan Polis (ASP) serta anggota daripada pelbagai pangkat lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan penahanan berkenaan. - Getaran, 26 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved