12 pegawai polis dipercayai peras ugut warga China RM2 juta ditahan

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 1:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 12 pegawai polis dipercayai peras ugut warga China RM2 juta ditahan

PETALING JAYA: Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga China sebanyak RM2 juta.

Menurut sumber, mangsa hanya dilepaskan selepas membayar $AS140,000 (RM 560,000).

“Dia kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Susulan itu difahamkan seramai 12 orang pegawai dan anggota polis ditahan di mana ada antaranya berpangkat Deputi Superintendan (DSP), Asisten Superintendan (ASP) dan lain-lain pangkat,” katanya.

Difahamkan, kumpulan anggota polis terbabit dipercayai memeras ugut mangsa warga China itu dengan menuntut RM2 juta. 

“Mangsa bagaimanapun hanya sempat membayar RM560,000 sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.

“Polis turut menemui semula sebahagian daripada wang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu,” katanya

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.- UTUSAN 

The post 12 pegawai polis dipercayai peras ugut warga China RM2 juta ditahan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved