Lelaki ditahan disyaki rogol anak kandung hingga lahirkan anak

26 Jul 2026 • 10:21 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki ditahan disyaki rogol anak kandung hingga lahirkan anak

KENINGAU: Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol anak kandungnya, dalam kes sumbang mahram yang dipercayai berlaku selama hampir lapan tahun, sehingga mangsa melahirkan seorang anak lelaki.

Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau DSP Alizam Haji Dalaman mengesahkan suspek diberkas kira-kira 12 tengah hari pada 23 Julai di sebuah stesen minyak di Pekan Nabawan menerusi operasi sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, manakala siasatan dikendalikan Pegawai Penyiasat Inspektor Renster Linus Anak Dolin.

Menurut laporan polis, kejadian dipercayai berlaku di sebuah kebun getah di Kampung Pingas, Sook antara Mac 2018 hingga Februari 2026.

Mangsa yang kini berusia 23 tahun dilaporkan mendedahkan kejadian itu kepada ibunya pada 17 Julai lalu.

Mangsa mendakwa dia menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak lapan tahun lalu ketika mereka bersama-sama menoreh getah di kebun berkenaan.

Akibat perbuatan itu, mangsa melahirkan seorang anak lelaki yang kini berusia lapan tahun. Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan polis, membawa kepada penangkapan tersebut.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved