10 warga China terbabit konspirasi pelaburan didenda RM6,000 setiap seorang 

LocalBusiness & Finance
6 Oct 2026 • 4:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

10 warga China terbabit konspirasi pelaburan didenda RM6,000 setiap seorang 

Kota Kinabalu: 10 warga China masing-masing didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret kerana melakukan konspirasi jenayah untuk menawarkan skim pelaburan dalam talian.

Chen Xuanyu, He Miao, Liu Shuai, Xiong Xiaobo, Chao Haohua, Chen Chao, Liu Qingcheng, Xiong Debao, Gong Xiangfu dan Han Shoukun, berusia antara 20 dan 40 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Kesemua mereka didakwa secara bersama bersetuju pada 28 September, kira-kira jam 1 petang di sebuah hotel di Warisan Square untuk melakukan kesalahan dengan menawarkan pelaburan dalam talian yang melanggar Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120B(1) kanun sama.

Jika sabit kesalahan pertuduhan berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM6,000 setiap seorang atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.

Peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili kesemua tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan denda lebih rendah sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Beliau berhujah bahawa anak guamnya telah direman selama tujuh hari, memberikan kerjasama kepada polis dan merupakan pesalah kali pertama.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Noor Hafizah Anggu memohon hukuman yang boleh memberi pengajaran selain memohon supaya kesemua tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen bagi pengesahan status imigresen mereka.

Beliau berkata pas khas yang dimiliki tertuduh telah tamat tempoh selain mengambil kira peningkatan kes seumpama itu dan kepentingan awam.

Mahkamah kemudian memerintahkan kesemua tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen.

Dalam kes berasingan seorang penganggur didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap kakaknya dengan mengugut untuk merosakkan kereta wanita berkenaan.

Wong Choon Kok, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Dia didakwa dengan sengaja melakukan ugutan jenayah terhadap Wong Su Yee, 51, pada jam 2 petang, 27 Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Sinar, Jalan Tuaran dengan mengugut untuk merosakkan kereta wanita berkenaan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 17 November ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membenarkan Wong dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan dua orang penjamin.

Dia turut diperintahkan supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di balai polis sebulan sekali.

TPR Akash Singh mengendalikan pendakwaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved