120 keluarga terima geran tanah selepas 40 tahun 

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 11:46 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 120 keluarga terima geran tanah selepas 40 tahun 

TANJUNG MALIM:  Penantian berkenaan isu penempatan melibatkan 120 keluarga di Sungkai dan Kuala Bikam di sini selama 40 tahun berakhir apabila menerima geran tanah masing-masing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, penyelesaian isu tersebut membuktikan kerajaan Madani sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan status sosial.

“Masalah setinggan yang berlarutan lebih 40 tahun kini akhirnya dapat diselesaikan. Sebanyak 120 keluarga menerima geran tanah yang menjadi simbol masa depan yang lebih terjamin untuk mereka dan generasi akan datang.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak,  Datuk A. Sivanesan serta seluruh penjawat awam yang telah bekerja keras dan berdedikasi dalam memastikan penyelesaian isu berkenaan dapat direalisasikan,” katanya di sini. 

Beliau berkata sedemikian ketika menyampaikan geran tanah kepada penerima di Jamuan Makan Malam anjuran DAP DUN Sungkai semalam yang dihadiri lebih 1,200 tetamu daripada pelbagai kaum.

Katanya, kerajaan turut memberikan pelbagai inisiatif termasuk peruntukan RM20 juta kepada perkampungan India, RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta peningkatan peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) kepada RM150 juta.-UTUSAN

The post 120 keluarga terima geran tanah selepas 40 tahun  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved