129,102 wanita sertai ekonomi gig, dilindungi di bawah Skim LINDUNG

LocalBusiness & Finance
4 Aug 2026 • 3:45 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 129,102 wanita sertai ekonomi gig, dilindungi di bawah Skim LINDUNG

KUALA LUMPUR: Seramai 129,102 wanita kini menyertai sektor ekonomi gig sebagai penghantar makanan, pemandu kenderaan dan pelbagai pekerjaan fleksibel lain daripada keseluruhan 1.1 juta pekerja gig di negara ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, semua pekerja berkenaan berdaftar serta dilindungi di bawah Skim LINDUNG Kendiri Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Katanya, skim itu menyediakan perlindungan terhadap bencana pekerjaan sendiri termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan ketika menjalankan tugas.

“Skim ini merupakan dasar perlindungan sosial yang menyediakan manfaat seperti Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional, Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pengurusan Mayat, dan Faedah Pinjaman Pendidikan,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab Senator Norhasmimi Abdul Ghani mengenai jumlah wanita yang terlibat dalam ekonomi gig dan sejauh manakah dasar sedia ada mengambil kira keperluan mereka untuk mendapatkan perlindungan sosial

Dalam tempoh Januari hingga 31 Mei lalu, Khairul Firdaus berkata,bilangan penerima faedah di bawah LINDUNG Kendiri termasuk pekerja gig adalah seramai 3,967 Orang Bekerja Sendiri melibatkan bayaran faedah berjumlah RM12.75 juta.

Katanya, PERKESO juga menyediakan perlindungan keselamatan sosial khusus kepada golongan wanita iaitu Skim LINDUNG Kasih yang melindungi wanita daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

“Kadar caruman yang perlu dicarum adalah berjumlah RM120.00 setahun. Berdasarkan statistik PERKESO, dari tempoh Januari hingga 31 Mei 2026, seramai 46,760 orang wanita telah mencarum di bawah Skim LINDUNG Kasih.

“Dalam tempoh yang sama, bayaran faedah yang telah dibayar adalah berjumlah RM2.1 juta, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) tidak pernah berkompromi dalam soal kebajikan pekerja,” katanya.

Tambahnya, PERKESO sentiasa bersifat proaktif bagi memastikan sistem perlindungan sosial negara bergerak seiring dengan perkembangan landskap pasaran buruh yang semakin dinamik. Melalui langkah-langkah strategik yang dirangka

“Kesuma melalui PERKESO bukan sahaja mahu meningkatkan tahap kecukupan manfaat yang diterima oleh para pencarum, malah apa yang lebih utama ialah memperkukuh dan menambahbaik dasar yang sedia ada.

“Ini adalah komitmen Kerajaan bagi memastikan kelestarian dana kekal utuh dan mampan demi mendepani cabaran perlindungan sosial masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

The post 129,102 wanita sertai ekonomi gig, dilindungi di bawah Skim LINDUNG appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved