13 kedai di Pekan Baru serdang musnah terbakar

31 Oct 2022 • 9:20 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 kedai termasuk sebuah kedai menjual emas musnah dalam kebakaran di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang dekat sini, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan kedai berstruktur kayu dan batu itu pada 4.15 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Bandar Tun Hussein Onn, Bangi dan Seksyen 7 tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan.

“Apabila anggota sampai, kebakaran melibatkan 70 peratus dan merebak ke kedai yang berhampiran namun setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan terbabit.

“Bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal kebakaran,“ katanya dalam kenyataan hari ini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved