13 Kedai Di Pekan Baru Serdang, Musnah Terbakar

31 Oct 2022 • 9:23 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
13 kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang awal pagi tadi. - Gambar ihsan Bomba

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13 kedai termasuk sebuah kedai menjual emas musnah dalam kebakaran di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang dekat sini, awal pagi ini. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan kedai berstruktur kayu dan batu itu pada 4.15 pagi. 

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Bandar Tun Hussein Onn, Bangi dan Seksyen 7 tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan. 

"Apabila anggota sampai, kebakaran melibatkan 70 peratus dan merebak ke kedai yang berhampiran namun setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan terbabit. 

"Bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal kebakaran," katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama