139,696 saman dikeluarkan dalam lapan bulan di Johor

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 4:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 139,696 saman dikeluarkan dalam lapan bulan di Johor

JOHOR BAHRU – Sebanyak 2,527 operasi penguatkuasaan trafik dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Johor dalam tempoh lapan bulan tahun ini dengan 139,696 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arshad berkata, operasi yang dilaksanakan 13 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu turut membawa kepada 981 tangkapan atas kesalahan lalu lintas dan jenayah.

Menurut beliau, sebanyak 4,197 kenderaan turut disita mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa sejak 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

“Operasi penguatkuasaan ini memberi tumpuan kepada kesalahan lalu lintas yang dikenal pasti berisiko tinggi menyumbang kepada kemalangan, khususnya kemalangan maut.

“Antara kesalahan yang diberi perhatian termasuklah melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan memotong di garisan berkembar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesalahan lain yang turut diberikan perhatian adalah menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan, penunggang motosikal, aktiviti samseng jalanan dan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

The post 139,696 saman dikeluarkan dalam lapan bulan di Johor appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved