157 basikal tanpa lesen disita di Taman Tasik Titiwangsa

25 Jul 2026 • 7:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 157 basikal tanpa lesen disita di Taman Tasik Titiwangsa

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebanyak 157 basikal menerusi tindakan khas terhadap pengusaha penyewaan basikal tanpa lesen di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Operasi itu dilaksanakan di kawasan Jalan Kuantan, Jalan Temerloh dan Jalan Tembeling, Khamis lalu selepas DBKL mengesan kegiatan penyewaan pelbagai jenis basikal yang dikendalikan tanpa lesen.

DBKL dalam kenyataan berkata, sebahagian kegiatan berkenaan turut dikendalikan oleh warga asing selain peralatan dan basikal dibiarkan di tempat awam untuk digunakan pengunjung taman.

“Beberapa pengusaha turut dikesan sengaja meninggalkan basikal rosak dan tidak lagi boleh digunakan di kawasan lapang, bawah pokok, belakang premis perniagaan, tandas awam serta surau.

“Keadaan itu menyebabkan kacau ganggu dan menjejaskan persekitaran kawasan rekreasi awam,” katanya.

DBKL berkata, pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan dijalankan terhadap tujuh pengusaha basikal dengan sejumlah 157 basikal dewasa dan kanak-kanak disita serta dipindahkan.

Katanya, tindakan turut dikenakan terhadap basikal yang ditinggalkan di tempat awam dan kesemua barangan berkenaan dihantar ke Stor Sitaan DBKL bagi tujuan penyimpanan serta dokumentasi lanjut.

“Operasi berjalan lancar tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak.

“Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.

“DBKL akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa terutama di lokasi tumpuan bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara teratur dan mematuhi syarat ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

The post 157 basikal tanpa lesen disita di Taman Tasik Titiwangsa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved