17 kawasan seluruh negara masih catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
21 Sep 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 17 kawasan seluruh negara masih catat IPU tidak sihat

PETALING JAYA – Sebanyak 17 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat pukul 5 petang ini.

Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sarawak mencatat jumlah kawasan tertinggi dengan 10 lokasi, diikuti Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing dua kawasan.

Daerah Kapit, Sarawak merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 173, diikuti Sibu dan Sri Aman masing-masing 164 serta Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (162).

Turut merekodkan bacaan tinggi ialah Bintulu (161), Samalaju dan Kuching masing-masing 158 serta Samarahan (156).

Di Kuala Lumpur, Cheras mencatat bacaan IPU 156, manakala Putrajaya merekodkan 154. Negeri Sembilan pula masing-masing mencatat bacaan 154 di Nilai dan 148 di Seremban.

Sementara itu, Politeknik Kota Kinabalu merekodkan bacaan 151, manakala Mukah, Sarawak (142), Shah Alam, Selangor (134) dan Johan Setia, Selangor (107).

Menurut JAS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat. – KOSMO! ONLINE

The post 17 kawasan seluruh negara masih catat IPU tidak sihat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved