Jerebu: 19 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
21 Sep 2026 • 12:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jerebu: 19 kawasan catat IPU tidak sihat

PETALING JAYA: Sebanyak 19 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Menurut data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Kapit, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 168, diikuti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (167), Sri Aman (161), Bintulu (159) dan Kuching (158).

“Beberapa kawasan lain di Sarawak turut berada pada tahap tidak sihat iaitu Miri dan Sibu yang masing-masing mencatatkan bacaan 157, Samarahan (156), Samalaju (155), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (128) serta Limbang (104).

“Di Semenanjung, Putrajaya mencatatkan bacaan IPU 157, manakala Cheras, Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing merekodkan bacaan 156,” katanya.

Sementara itu, Seremban pula mencatatkan bacaan 154, diikuti Johan Setia, Selangor (153), Bukit Rambai, Melaka (150) dan Shah Alam, Selangor (144).

Di Sabah, kawasan Politeknik Kota Kinabalu turut merekodkan kualiti udara tidak sihat dengan bacaan IPU 152.

“Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana dan 101 hingga 200 tidak sihat.

“Bacaan antara 201 hingga 300 pula dikategorikan sebagai sangat tidak sihat, manakala 301 dan ke atas adalah berbahaya,” katanya. – UTUSAN

The post Jerebu: 19 kawasan catat IPU tidak sihat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved