18 kenderaan dipandu warga asing disita, 34 saman dikeluarkan

LocalCars
11 Sep 2026 • 11:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 18 kenderaan dipandu warga asing disita, 34 saman dikeluarkan

KOTA TINGGI: Sebanyak 18 buah kenderaan dipandu individu warga asing disita di sekitar bandar raya ini, semalam atas pelbagai kesalahan awam yang dikesan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, operasi tersebut dijalankan pihaknya bermula pukul 7 pagi hingga 10 pagi, semalam.

“Dalam operasi itu, 18 buah kenderaan terdiri daripada 15 buah motosikal dan tiga buah kereta dinaiki individu warga asing disita. Pada masa sama, 34 keping saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Operasi ini memberi tumpuan kepada penunggang dan pemandu kenderaan pemegang kewarganegaraan asing bagi memeriksa pematuhan terhadap undang-undang jalan raya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Yusof, kesemua tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis akan terus melaksanakan operasi ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dipatuhi bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.-UTUSAN

The post 18 kenderaan dipandu warga asing disita, 34 saman dikeluarkan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved