190 pelajar sertai Road to PolyCC

17 Jan 2024 • 12:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Seramai 190 pelajar sekolah dari Sandakan dan Kunak menyertai program ‘Road to PolyCC’ anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, baru-baru ini.

Ia dikelolakan oleh Politeknik Sandakan Sabah dengan kerjasama 10 Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Sabah.

Program selama tiga hari dua malam ini memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri pengalaman sebagai seorang pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Antara lain, mereka didedahkan kepada program dan kursus yang ditawarkan di PolyCC seluruh Sabah.