Pusat hiburan tak berlesen diserbu

8 Nov 2026 • 5:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pusat hiburan tak berlesen diserbu

KUALA LUMPUR – Seramai 196 pelanggan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas polis menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki beroperasi tanpa lesen sah tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pemeriksaan turut dilakukan terhadap seorang lelaki yang merupakan pengurus premis, 12 lelaki dan empat wanita pekerja premis.

Katanya, pemeriksaan turut melibatkan 89 lelaki tempatan, 75 wanita tempatan, 43 lelaki warga asing dan 12 wanita warga asing.

“Selain itu, seramai 93 lelaki tempatan bawah umur, 61 wanita tempatan bawah umur, 16 lelaki bawah umur warga asing dan 25 wanita bawah umur warga asing turut diperiksa.

“Bagaimanapun, hasil semakan mendapati kesemua individu terbabit tiada rekod dikehendaki polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, saringan awal air kencing terhadap 49 individu pula mendapati hanya seorang positif Amphetamine (AMP) dan Methamphetamine (MET), manakala selebihnya negatif.

“Pengurus premis disiasat mengikut Seksyen 29(2) Kaedah-kaedah Hiburan (WPKL) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan.

“Operasi itu mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Polis Kuala Lumpur, dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.

Katanya, tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.- KOSMO! ONLINE

The post Pusat hiburan tak berlesen diserbu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved