2 Anggota TUDM Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Penyeludupan Dadah

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 4:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

2 Anggota TUDM Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Penyeludupan Dadah

TAWAU - Dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pengedaran dadah yang dipercayai menggunakan aset ketenteraan.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek yang masing-masing berpangkat Koperal dan Pegawai Waran II, berusia 28 dan 48 tahun, dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum di Mahkamah Majistret Tawau, pagi tadi.

Kedua-dua anggota berkenaan ditahan dalam satu operasi polis sebelum dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beberapa anggota TUDM, termasuk juruterbang, dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah berskala besar.

Beliau menyifatkan pendedahan itu sebagai perkara yang amat membimbangkan dan menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap semua pihak yang terlibat tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Susulan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa lima anggota TUDM merupakan antara 11 individu yang ditahan dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan Labuan.

Kesemua mereka disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah seberat 96.64 kilogram (kg) yang dipercayai menggunakan aset milik TUDM.

Menurut beliau, 11 individu yang ditahan itu turut melibatkan enam orang awam, susulan penemuan dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM4.83 juta. - Getaran, 20 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved