SHAH ALAM, 9 SEPT: Dua pekerja binaan yang tertimbus dalam kejadian runtuhan struktur tanah dekat tapak pembinaan Elmina Ridge, Seksyen U15 merupakan warga Bangladesh.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata mangsa berusia 25 dan 30 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Wan Md Razali Wan Ismail, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya.
“Kita menerima panggilan kira-kira 10.29 pagi dan sampai ke lokasi kejadian yang jaraknya sembilan kilometer pada 10.39 pagi.
“Mangsa pertama berjaya dibawa keluar pada 11.12 pagi manakala kedua pada 11.35 pagi. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya.
Terdahulu menerusi kenyataan beliau memaklumkan mangsa tertimbus 0.3 meter dalam runtuhan tanah dan konkrit ‘culvert U box’ ketika melakukan kerja pembinaan longkang.

The post Mangsa tanah runtuh Elmina warga Bangladesh, mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh appeared first on Selangorkini.


