SHAH ALAM, 9 SEPT: Dua warga Bangladesh maut tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit sedalam 0.3 meter di tapak pembinaan Elmina Ridge, di sini, pagi tadi.
Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan jam 10.29 pagi, lapor Sinar Harian.
“Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan longkang. Mangsa pertama dibawa keluar jam 11.12 pagi, manakala mangsa kedua 11.35 pagi,” katanya seperti dilaporkan.
Sebelum ini, gempar kejadian runtuhan tebing sungai yang menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas Puchong, Selangor, pada Sabtu.
Runtuhan tebing sungai menenggelamkan kawasan pembinaan sedalam 19 meter.
The post Dua buruh binaan maut tertimbus runtuhan tanah appeared first on Selangorkini.



