2 Pelajar IPG Ditemui Lemas Ketika Sertai Aktiviti Berkayak Di Kawasan Pantai Merdeka

5 Apr 2026 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Dua orang bakal guru telah ditemui lemas ketika sertai aktiviti berkayak di kawasan Pantai Merdeka, Kuala Muda di Kedah pada petang Sabtu semalam.

Menurut Astro AWANI, kedua-dua mangsa iaitu seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan yang berusia 20-an itu merupakan penuntut institut pendidikan guru (IPG).

Kedua-dua mangsa telah lemas kerana kayak yang dinaiki oleh kedua-duanya telah dipukul ombak.

Pada mulanya, dua pelajar IPG ini telah dilaporkan hilang selepas kayak yang dinaiki mereka dipukul ombak.

Pihak berkuasa kemudiannya telah menemui kedua-dua mangsa ketika operasi mencari dan menyelamat dan nelayan tempatan turut membantu operasi mencari.

Difahamkan, pihak berkuasa telah menemui jasad kedua-dua penuntut itu sekitar jam 7.30 malam semalam.

Jasad kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital berdekatan untuk proses bedah siasat.

Kedua-dua mangsa telah menyertai aktiviti kayak di kawasan Pantai Merdeka itu bersama lebih 30 lagi pelajar lain.

Difahamkan, aktiviti itu telah dianjurkan oleh institut tersebut kedua-dua mangsa merupakan penuntut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Jasmani).

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Gambar Hiasan Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.