2 suspek kes kematian pelajar SMK Za’aba dituduh esok

7 Oct 2026 • 2:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 2 suspek kes kematian pelajar SMK Za’aba dituduh esok

SEREMBAN: Dua suspek berkaitan kes kematian pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’aba bakal dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) dan arahan tuduh kedua-dua suspek pertama(B1) dan kedua (B2) di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah esok pada pukul 9.30 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kedua-dua suspek, masing-masing berusia 16 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan pada 25 September lalu.

Alzafny dilaporkan berkata, mangsa dipercayai dipukul menggunakan paip getah dan tangan di asrama sekolah berkenaan selepas solat Maghrib.-UTUSAN

 

The post 2 suspek kes kematian pelajar SMK Za’aba dituduh esok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved