
KUALA PILAH – Kertas siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di daerah ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pegawai penyiasat akan menemui pihak berkenaan bagi mendapatkan arahan lanjut.
Terdahulu, permohonan sambungan reman terhadap suspek pertama diluluskan selama enam hari bermula 2 Oktober hingga 10 Oktober.
Manakala, suspek kedua pula disambung akan berakhir 9 Oktober. Kedua-dua suspek berusia 16 tahun.
Sementara itu, polis juga masih menunggu keputusan ujian toksikologi bagi membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Kertas siasatan kes bunuh Idlan diserahkan kepada AGC hari ini appeared first on Kosmo Online.






