Kes pelajar tingkatan dua maut: Dua senior didakwa esok

7 Oct 2026 • 5:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kes pelajar tingkatan dua maut: Dua senior didakwa esok

SEREMBAN, 7 OKT: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah, esok berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kuala Pilah pada 25 Sept lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata dua pelajar tingkatan empat itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan arahan tuduh kedua-dua suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, pada 9.30 pagi esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Alzafny berkata sebanyak 69 keterangan direkodkan selain lima pelajar tampil mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua suspek tersebut.

Pada 25 Sept, mangsa yang berusia 14 tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved