20 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi 186

LocalEnvironment
6 Oct 2026 • 9:02 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

20 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi 186

SHAH ALAM, 6 OKT: Sebanyak 20 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi tadi.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 186.

Kluang merekodkan bacaan kedua tertinggi dengan IPU 169, diikuti Larkin (166), Segamat (165), Pasir Gudang (164) dan Tangkak (163).

Nilai pula mencatatkan bacaan IPU 160, manakala Seremban merekodkan 156.

Kota Tinggi turut berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan 155, diikuti Pengerang (154) dan Bandaraya Melaka (153).

Putrajaya, Rompin dan Balok Baru, Kuantan masing-masing merekodkan bacaan IPU 152.

Turut mencatatkan tahap tidak sihat ialah Cheras dengan bacaan 137, Indera Mahkota, Kuantan (124) serta Kemaman (121).

Batu Muda, Bukit Rambai dan Paka masing-masing merekodkan bacaan IPU 103.

Sementara itu, sebanyak 43 lokasi mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala lima lagi berada pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan 301 ke atas dikategorikan berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved