20 PATI dicekup sebaik mendarat tebing Sungai Kelantan

16 Aug 2026 • 12:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 20 PATI dicekup sebaik mendarat tebing Sungai Kelantan

PASIR PUTEH – Seramai 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari empat buah negara dicekup dalam dua siri serbuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan di tebing Sungai Kelantan di Kota Bharu dan Pasir Mas dekat sini baru-baru ini.

Kesemua PATI warga India, Sri Lanka, Indonesia termasuk Myanmar yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 50 tahun itu ditahan pada Rabu dan kelmarin selepas dipercayai memasuki negara ini secara tidak sah sebelum dibawa melalui Sungai Kelantan.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kelantan, Kepten Maritim Kamal Mohamad berkata, operasi pertama dijalankan di belakang Pelangi Mall, Kota Bharu yang membawa kepada penahanan tiga lelaki warga India dan seorang lelaki Sri Lanka.

Katanya, Pasukan Operasi Darat Maritim Malaysia digerakkan ke tebing Sungai Kelantan di kawasan tersebut untuk memintas pergerakan sebuah bot.

“Seramai tiga daripada PATI itu memiliki pasport, namun gagal mengemukakan rekod perjalanan yang sah untuk memasuki negara ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Kelantan, Tok Bali di sini hari ini.

Kamal memberitahu, operasi kedua dijalankan kelmarin di sekitar perairan Sungai Kelantan berhampiran Tendong di Pasir Mas sebelum menahan 16 PATI Indonesia dan Myanmar.

Menurutnya, bot yang membawa kesemua PATI itu berjaya lolos selepas mendaratkan mereka di kawasan tebing Sungai Kelantan.

“Siasatan mendapati 10 daripada PATI memiliki pasport, namun gagal mengemukakan rekod perjalanan yang sah manakala enam lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Penyeludup menggunakan modua operandi sama untuk membawa masuk PATI dengan memasuki laluan sungai yang sempit dan cetek. Kesemua PATI disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post 20 PATI dicekup sebaik mendarat tebing Sungai Kelantan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved