Bayar RM6,800 untuk masuk semula bekerja di Malaysia

16 Aug 2026 • 2:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bayar RM6,800 untuk masuk semula bekerja di Malaysia
PATI ditahan akan dibawa ke mahkamah untuk dapatkan perintah reman. 

PASIR PUTEH - Seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga India mengaku membayar RM6,800 kepada ejen sindiket penyeludupan antarabangsa demi menyelinap masuk semula ke Malaysia secara haram untuk bekerja.

Lelaki berusia 35 tahun itu berkata, dia pulang ke India selepas permit perjalanannya tamat tempoh dan membuat keputusan untuk kembali ke negara ini.

“Saya dah empat tahun tinggal di Selangor dan bekerja di sini.

“Kali pertama datang pakai permit dan kali kedua ini saya bayar RM6,800 kepada ejen,” katanya ketika ditemui selepas ditahan oleh Maritim Malaysia Kelantan di pejabat agensi itu di Tok Bali di sini pada Ahad.

Menurutnya, perjalanan keduanya itu bermula dari India sebelum menaiki penerbangan ke Singapura dan kemudian ke Thailand secara sah menggunakan pasport sebelum dibawa masuk secara haram ke Malaysia menggunakan bot.

Katanya, sebelum ini dia bekerja dengan sebuah syarikat kurier di Selangor dengan pendapatan antara RM1,800 hingga RM2,000 sebulan.

“Saya mahu kembali bekerja di Malaysia kerana sebelum ini sudah biasa bekerja di sini.

“Saya juga faham dan boleh cakap bahasa Melayu,” katanya.

Lelaki berkenaan turut mendakwa mempunyai hubungan dengan seorang wanita tempatan ketika bekerja di Malaysia sebelum ini.

Dia antara empat warga India yang ditahan dalam operasi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan pada Rabu lalu selepas sebuah bot dikesan di perairan Kuala Besar sebelum mereka ditahan di tebing Sungai Kelantan di belakang Pelangi Mall, Kota Bharu.

Kesemua mereka disiasat mengikut kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved